Tentang cinta sebenarnya...

Cinta....bila orang sebut pasal cinta…semua akan fikirkan tentang cinta itu indah…semua cinta itu manis..tapi pernah kah terfikir kadang-kadang cinta itu satu pergorbanan besar dan memerlukan kesabaran dalam menyelami cinta ini

Ramai orang sekarang mempunyai cinta hati masing-masing…tak kira yang tua,muda,kaya,miskin.

Semua orang memerlukan kasih sayang dan kebahagian dalam hidup mereka..

Cinta amat lah indah dan lebih bermakna jika ia berakhir dengan sebuah ikatan pertunangan mahupun dengan perkahwinan yang pasti nya akan lebih bermakna buat pasangan merpati dua sejoli ini…

Siapa tidak mahu mencintai dan dicintai..siapa lah manusia untuk menentukan akhiran dan kebahagiaan itu melainkan dari Allah SWT…

Di samping itu juga…tidak semua cinta itu berakhir dengan kebahagiaan..ada yang putus di tengah jalan atas pelbagai sebab…ada yg berlaku curang…ada yang tidak serasi…tidak kurang juga orang tua tidak merestui..

Walau cinta itu ada pahit dan manis..manusia ini diciptakan berpasangan..hanya menunggu masa cepat @ lambat sahaja…yang pasti ketentuan Allah SWT amat tepat dan tidak berbelah bahagi kepada umatnya

Pesanan saya..jika anda mempunyai pasangan yang anda amat sayang,cinta dan terlalu setia untuk dia..berikan dan tunjukkan yang anda amat bermaksud untuk bersama-sama walau susah senang mereka..sakit sihat mereka…berikan mereka senyuman yang paling terbaik untuk mereka..senyuman anda sebenarnya amat berharga kepada pasangan anda itu..dan JANGANLAH sesekali berlaku curang walaupun istilah sekarang ber”skandal”…cinta itu telus lagi jujur..jangan cemari ia dengan hati yang busuk lagi tidak ikhlas..

Ingat lah selalu..jika anda benar-benar mahukan cinta anda kekal..anda jaga dan hargai ia baik-baik.Belum tentu cinta anda akan berakhir dengan cara baik..mahupun ending yang indah..Jika anda kecewa dengan putus nya sebuah cinta..walaupun anda amat-amat berat untuk menerimanya..ada lagi seseorang yang lebih baik menunggu anda…

Akhir kata..saya memberi anda petikan lagu dari Hazrul Nizam ini:

Sambutlah cintaku,

Jangan kau pergi dari sisiku,

Cintaku padamu,

Ikhlas sejati…

Cintaku padamu

Ikhlas sejati…

No comments:

Speed broadband Celcom aku